Kenapa Steam Iron Philips Saya Tak Keluar Wap? – CARA ATASI STEP BY STEP

Kenapa Steam Iron Philips Saya Tak Keluar Wap? – CARA ATASI STEP BY STEP

Kenapa Steam Iron Philips Saya Tak Keluar Wap?

Sebab ramai sangat yang tanya saya soalan ini, Jadikan saya kongsikan salah satu cara untuk atasi masalah bila steam iron philips kita tak keluar wap. Dalam kompenan steam iron ini, boleh jadi banyak sebab punca steam iron philips kita tak keluar wap, antaranya ..

  1. Masalah pada water pump
  2. Masalah pada motherboard
  3. Masalah pada Hose Cord
  4. Masalah pada Boiler

Dan banyak lagi kompenan kompenan yang lain.

STEAM IRON PHILIPS TAK KELUAR WAP

                                                    Kesemua steam iron ni mempunyai masalah yang berlainan

Tapi kali ini saya nak kongsikan pada anda, cara bagaimana untuk atasi masalah philips steam iron tak keluar wap, yang mana anda boleh cuba lakukan sendiri, sebelum menghantar steam iron anda di mana  mana pusat service. Mana tahu dengan cara ini, berkesan..dapatkan lah anda jimat rm 300-500 kos untuk baiki.

Sebab kadang kadang, boleh jadi steam iron kita tak keluar wap, bukan disebabkan steam iron philips kita tu rosak, tapi boleh hanya disebabkan oleh TERSUMBAT . Jadi anda perlu bersihkan / flush keluar benda benda yang tersumbat di dalam steam iron tersebut . Jadi tonton video ini sampai habis. Dan selamat mencuba.

Owh ya, jika masih belum berkesan, ada dua kemungkinan besar :

  1. Mungkin tersumbat/kotoran terlalu banyak
  2. Ada kompenan yang dah rosak.

Dan perlu diingat, tak semua kerosakan pada steam iron adalah kerosakan yang sama, jika nak diy, pastikan ada ilmu serba sedikit , dan jangan hanya bergantung pada panduan di dalam youtube. Banyak kes saya terima, tukar water pump, tapi yang rosak benda lain. Dan jika nak hantar pada mana mana pusat service pulak, pastikan kita kenal dan tahu di mana yang kita nak hantar, dan dapatkan rekeman dari kawan2 yang lain.

Jika ada pengalaman anda baiki steam iron philips ini, boleh la share di bawah!

 

 

 

 

Leave a Reply

4 × 4 =