JENIS, PERBEZAAN DAN FUNGSI KIPAS SILING YANG ADA DIPASARAN
Kipas siling merupakan barangan elektrik yang wajib ada pada setiap kediaman, sektor industri, dan tempat kemudahan awam seperti kedai makan, tempat hentian rehat, tempat beribadah, dan lain – lain.
Kipas siling terdiri daripada 2 kategori dari segi motor kipas dan jenis kawalan kelajuan pusingan kipas. Terdapat 2 jenis kawalan kelajuan kipas siling iaitu kawalan manual (regulator) dan kawalan alat jauh (remote control).
Selain itu, motor kipas juga dikatogerikan kepada 2 iaitu motor kipas arus terus (DC) dan motor kipas arus ulang alik (AC).
KIPAS SILING JENIS AC :
Kebanyakkan kipas yang sering digunakan ialah kipas siling jenis arus ulang alik (AC), kerana harganya yang mampu milik dan mudah diselenggara. Tetapi terdapat kelemahan pada kipas siling (AC) iaitu penggunaan tenaga yang tinggi dan mengeluarkan bunyi apabila berpusing yang boleh menggangu para pengguna.
KIPAS SILING JENIS DC :
Kipas siling jenis arus terus (DC) pula merupakan kipas yang menggunakan kuasa dan voltan yang lebih rendah berbanding kipas jenis arus ulang alik (AC). Ia juga tidak mengeluarkan bunyi semasa berpusing dan motor kipas (DC) mempunyai jangka hayat yang lama berbanding motor kipas (AC). Kipas (DC) juga terdapat kelemahan iaitu ia tidak dapat disambungkan secara terus ke sumber kuasa, seperti panel solar atau bateri. Ini bermakna kipas (DC) mesti menggunakan pengubah untuk menukarkan (AC) ke (DC) supaya ia boleh dikuasakan.