CARA MENUKAR KAPASITOR YANG BARU PADA BOARD

CARA MENUKAR KAPASITOR YANG BARU PADA BOARD

(BOARD KIPAS SILING PANASONIC DAN KDK 3 SPEED)

Pada perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda cara memeriksa kapasitor kipas siling bagi kipas siling Panasonic & KDK 3 Speed. Jika anda mempunyai kipas siling Panasonic & KDK 3 speed yang sudah mula pusing slow, teruskan scroll perkongsian kali ini.

(RAJAH 1.0)

1) Pastikan suis kipas siling ditutup terlebih dahulu.

2) Cabut board daripada kipas siling.

3) Kemudian asingkan 3 biji kapasitor tersebut daripada board.

 

(RAJAH 1.1)

4) Kemudian periksa keadaan dan bacaan kapasitor yang telah di asingkan.

 

CARA MENUKAR KAPASITOR YANG BARU PADA BOARD

(RAJAH 3.1)

1) Sediakan kapasitor yang baru terlebih dahulu untuk ditukarkan pada board kipas.

2) Letakkan kapasitor yang baru pada board mengikut kedudukan kapasitor asal. (RAJAH 3.0)

3) Pateri semula kaki kapasitor tersebut pada board kipas siling. (RAJAH 3.1)

4) Setelah selesai pateri kaki kapasitor, potong lebihan kaki kapasitor tersebut agar tidak berlakunya bersentuhan antara komponen lain. ( RAJAH 3.2)

5) Selesai sudah cara menukar kapasitor pada board kipas siling, dan boleh diguna seperti sediakala. (RAJAH 3.3)

                                   (RAJAH 3.1)                                   (RAJAH 3.2)                                    (RAJAH 3.3)                      

Leave a Reply

five + nineteen =