CARA MEMERIKSA DAN MENUKAR KAPASITOR PADA KIPAS SILING REGULATOR

CARA MEMERIKSA DAN MENUKAR KAPASITOR PADA KIPAS SILING REGULATOR

CARA MEMERIKSA DAN MENUKAR KAPASITOR PADA KIPAS SILING REGULATOR.

 

(RAJAH 4.1)

 

1) Kedudukan kapasitor bagi kipas siling jenis regulator berada di atas motor kipas. (RAJAH 4.1)

2) Longgarkan skru pada penutup kipas dan tolak penutup tersebut keatas.

3) Tanggalkan kapasitor yang lama pada kipas dengan melonggarkan skru pada terminal yang mengikat kabel kapasitor. Seterusnya tanggalkan skru yang mengikat kapasitor pada kipas. (RAJAH 4.2)

                

(RAJAH 4.2)

 

4) Periksa keadaan kapasitor dengan menggunakan multimeter, laraskankan multimeter pada julat kapasitor kemudian letakkan probe pada kabel kapasitor. (RAJAH 4.3)

5) Jika bacaan yang dapat pada multimeter terhadap kapasitor tersebut kurang daripada jumlah nilai farad yang ditetapkan, maka kapasitor tersebut perlu ditukarkan kepada yang baru.

(RAJAH 4.3)

(RAJAH 4.4)

 

6) Sediakan kapasitor yang baru untuk dipasang pada kipas siling, dan pasang semula skru untuk mengikat kapasitor pada kipas. ( RAJAH 4.4)

7) Sambung semula kabel kapasitor seperti asal pada terminal dan ketatkan semula skru pada terminal untuk mengikat kabel kapasitor. ( RAJAH 4.5)

8) Siap sudah cara menukar kapasitor pada kipas siling jenis regulator, dan boleh digunakan seperti sediakala.

(RAJAH 4.5)

Leave a Reply

16 + one =