Sekarang ramai yang dah ada steam iron mcm ni di rumah kan? Dah macam keperluan wajib pulak.
Ada dari jenama philips, tefal, morphy richards dan banyak lagi la..
Jadi amatlah penting, untuk kita tahu cara cara penjagaan steam iron philips ni dengan betul.
Tapi sebelum tu, mungkin boleh saya ambil kesempatan ni nak kenalkan diri sikit.
Saya Mohd Humaizi Ismail, atau dikenali sebagai Humaizi Kipaspro, kalau ikutkan bidang, saya telah berkecimpung dalam bidang jana kuasa elektrik ini lebih dari 10 tahun dan latar belakang saya adalah dari Jurusan Elektrik & Elektronik .
Jadi insyallah tips yang bakal saya share nanti, adalah dari hasil pembelajaran dan pengalaman sendiri saya dalam bidang ini. Sebab Proses steam iron ni jugak adalah salah satu proses dari penjanaan kuasa, tapi proses dia lebih mudah dan ringkas.
Tips 1
Paling Penting!
Untuk kesemua jenis steam iron. Tak kisah apa jenama dan jenis sekalipun.
Jangan sesekali guna air paip @ air yang tak bertapis. Tambah2 kalau kawasan anda tinggal tu, kualiti air dia teruk.Di dalam steam iron, terdapat beberapa kompenan yang sangat sensitif. Jika kita menggunakan air paip, bila proses pemanasan air untuk keluar menjadi steam/wap, ia akan tinggalkan benda2 asing tersebut di dalam kompenan.
Kita mengosok setiap hari, benda asing tersebut boleh berkumpul dan menyebabkan kompenan2 di dalam steam iron tersumbat. Bila tersumbat dia boleh menyebabkan berlakunya beberapa komplikasi ( yg ni saya terangkan lebih lanjut next entry )
Antaranya wap tak dapat keluar, kompenan rosak, wap sikit, kedut tak hilang semasa mengosok, keluar putih putih semasa mengosok dan banyak lagi komplikasi lain.
Nak tengok contoh tersumbat tu macam mana? Ni salah satunya..
Gambar atas ni, salah satu kes yang kami terima. Habis berpasir sampai tersumbat punca wap tak keluar
Banyak lagi info yang saya nak share.
Yang ni baru 1 tips. Insyallah saya cuba cari masa untuk mengarang.
Siapa yang guna steam iron philips atau apa2 brand sekalipun, cuba kongsikan pendapat anda pulak dekat bawah