Pernah alami tak kipas siling dekat rumah kita dah slow, kita tekan remote speed 3 pun, pusing macam speed 1 jugak. Ada juga yang dah tukar kapasitor, tapi lepas 2 3 bulan, kipas dah jadi slow balik.
Jika kipas siling kita jenis remote, akan ada PCB board untuk kawal kipas tersebut. Lebih mahal kipas, lebih canggih la fungsi dan PCB board tersebut. Macam kipas di atas ni, PCB board dia ada di bahagian dalam, jadi perlu turunkan kipas untuk buka PCB board tersebut.
Dan untuk makluman, tak semua masalah kipas angin perlahan berpunca dari kapasitor kipas angin, punca kipas slow boleh jadi beberapa punca lain, seperti ;
- Bearing
- Coil motor
- Atau, kompenan kompenan lain atas PCB board.
Cuma kali ini, saya nak ulas sedikit tentang teknik yang betul untuk mengukur nilai kapasitor kipas angin siling kita. Mungkin kadang kadang, boleh jadi kapasitor yang kita nak ganti, telah hancur atau kembung hingga hilang tulisan nilai/value yang ada pada badan kapasitor kipas siling tersebut.
Dan boleh juga jadi, jika kita nak tukar kapasitor, kita tak tahu berapa value kapasitor yang boleh kita tukar.
Disini aaya nak kongsikan TEKNIK yang betul untuk menguji kapasitor kipas siling. Benda ini sangat penting sebenarnya, bila kita nak DIY pastikan kita ada ilmu dan pastikan kita tahu kenapa kita tukar.
Bagi yang belum tahu apa itu kapasitor, boleh baca dekat bawah
Kapasitor (Capacitor) adalah komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).
Kapasitor berfungsi dalam suatu rangkaian elektronik dengan cara mengalirkan elektron menuju ke kapasitor. Setelah kapasitor sudah penuh dengan elektron, berlaku perubahan pada voltan. Selepas itu, elektron yang ada dalam kapasitor tu akan keluar dan mengalir ke rangkaian atau komponen yang memerlukannya.
Nilai kapasitor akan berkurang @ lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimun dan terus menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.